Thursday 19 July 2012

Salam Ramadhan 1433 (Kinabalu Project)


setelah setahun pemergiannya
menjelang sudah ramadhan yang ditunggu
sudah disimpan setahun lamanya
ini yg terbaru dan terakhir dari Projek Akinabalu.

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa jua yang sudi menjelma..kepada yg beragama islam diucapkan salam ramadhan dan mudah-mudahan puasa kali ini lebih berkualiti dari yang sebelumnya..

datangnya 1 Ramadhan bagi aku memberikan satu nilai yang baru dimana tarikh itulah buat pertama kalinya aku berbuka puasa didalam kapal terbang(ok,aku bukan org kaya boleh naik kapai terbang selalu, ni 1st flight dan dapat pengalaman macam ni,mesti la excited lebih sikit) dan dibulan Ramadhan jugalah bulan yang menyaksikan kami sekumpulan pelajar arkitek UTM berjaya menakluki puncak Gunung Kinabalu. Pengalaman berbuka dalam keadaan penat ,cramp dan masih jauh ketinggalan dibelakang masih kuat diingatan..berkongsi juadah kurma, kekacang dan coklat bersama tikus gunung mungkin sesuatu yang tak mungkin berlaku lagi selepas ini..sampai di puncak, segala penat lelah bagaikan lesap ditarik oleh angin pagi yang sejuk dalam keriangan melihat hebatnya ciptaan yang maha Esa..dari setebal-tebal hutan pada permulaan hinggalah seluas-luas "padang batu" di puncak Kinabalu..





benar, tidak gunung lari dikejar,
cuma kudrat muda yang tak mahu dibiar.......begitu sahaja..










Blog Designed by The Single Momoirs