setelah setahun pemergiannya
menjelang sudah ramadhan yang ditunggu
sudah disimpan setahun lamanya
ini yg terbaru dan terakhir dari Projek Akinabalu.
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa
jua yang sudi menjelma..kepada yg beragama islam diucapkan salam ramadhan dan
mudah-mudahan puasa kali ini lebih berkualiti dari yang sebelumnya..
datangnya 1 Ramadhan bagi aku memberikan satu nilai
yang baru dimana tarikh itulah buat pertama kalinya aku berbuka puasa didalam
kapal terbang(ok,aku bukan org kaya boleh naik kapai terbang selalu, ni 1st
flight dan dapat pengalaman macam ni,mesti la excited lebih sikit) dan dibulan
Ramadhan jugalah bulan yang menyaksikan kami sekumpulan pelajar arkitek UTM
berjaya menakluki puncak Gunung Kinabalu. Pengalaman berbuka dalam keadaan
penat ,cramp dan masih jauh ketinggalan dibelakang masih kuat
diingatan..berkongsi juadah kurma, kekacang dan coklat bersama tikus gunung
mungkin sesuatu yang tak mungkin berlaku lagi selepas ini..sampai di
puncak, segala penat lelah bagaikan lesap ditarik oleh angin pagi yang sejuk
dalam keriangan melihat hebatnya ciptaan yang maha Esa..dari setebal-tebal
hutan pada permulaan hinggalah seluas-luas "padang batu" di puncak
Kinabalu..
benar, tidak gunung lari dikejar,
cuma kudrat muda yang tak mahu dibiar.......begitu sahaja..
cuma kudrat muda yang tak mahu dibiar.......begitu sahaja..


